Powered By Blogger

Friday, April 08, 2011

..................................NON TiTLE

Minah Minah Minah. Gelabah gila do kau ni. Kutuk kutuk aku dari belakang. Minah kalo ko berani cakap depan ah beb. Asal nak cakap belakang? Kalo ko tak kenal aku? Asal ko tulis pasal aku dalam blog? HAHA lawak gila do ko ni.. Sian. Budak baru nak up! Menjaja cerita aku kat blog ko sebab ko nak up kan? Takpe takpe. Silakan dengan cerita bodoh anda.. Minah aku nak nasihat ni. Baca baik-baik dan renung renungkanlah ''Hidup ni jangan cara ke orang, Walaupun ko tak suka orang tuh, Ko diamkan je mulot ko yang busuk tuh. Aku bukan pe.. Maybe orang pandang aku dan mmbe aku buruk jelik, jijik dan segala bagai. Tapi, maybe satu hari nanti orang fikir-fikir ko ni kepoh suka cara tepi kain org'' dan satu lagi ko and tha geng ''You're not God to judge people from their attitude, maybe kitorg lebih better daripada korg yang suka cara hal orang dan mengutuk sewenang wenangnya. :) Menfitnah itu berdosa besar. Lagi besar dari dosa membunuh. Terima Kasih :)

SALAH ANAK ATAU IBU BAPA?

Haa, Topik harini adalah '' Kenapa anak-anak sekarang kurang beradab dengan Ibu bapa? Salah anak-anak kah? Atau salah ibu bapa kah? '' Mari kita sama-sama bincang hal ni. Lets check it out :)

Korg perasan tak? Sekarang ramai anak-anak yang ingin bebas dan derhaka dengan Ibu bapa dan juga tidak menghormati mereka sebagai Ibu Bapa mereka. Dan sangat menyedihkan ada pelbagai kes-kes yang sangat, org cakap ''KURANG AJAR'' iaitu tergamak membuang Ibu bapa mereka merempat di tepi jalan dan mengutip makanan dari jalan jalan dan tong sampah macam kucing. Ada juga yang berani meletak Ibu bapa mereka di tempat orang-orang tua kerana mereka anggap Ibu bapa mereka ni tua dan menyusahkan hidup mereka sahaja. Mengapakah kes ini boleh berlaku?

Kalau mengikut akal dan fikiran secara logiknya, (cehh wahh) saya berpendapat anak-anak boleh tergamak menjadi seperti ini ''Kacang Lupakan Kuit'' atau pun ''Si Tanggang'' nak nak kalo anak-anak dah berkahwin dan berumah tangga. Apakah punca mereka menjadi sedemikian?

Kita janganlah menyalahkan anak-anak 100% kerana kita perlu mengkaji kenapa mereka boleh berubah sebegini? Adakah salah ibu mengandung? Atau didikan ibu bapa yang tak berapa betul. Sudah menjadi fitrah manusia seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu kalo tak ada sebab dan cabaran daripada seseorang, kerana manusia mempunyai akal fikiran, hati perasaan dan keinginan dan juga nafsu :) Apabila akal dan hati dapat mengawal nafsu, nescaya manusia akan berbuat perkara yang baik. Tapi kalo nafsu yang mengawal hati dan akal kita mungkin manusia akan berubah dan menjadi seperti kes yang kita bincangkan ini.

Mengapa NAFSU boleh mengawal hati dan akal kita? Sedangkan Allah mencipta kita dengan tinggi darjatnya daripada makhluk-makhluk yang dicipta Nya yang lain. Dengan memberikan kita Akal dan Hati yang baik dan suci untuk memikirkan mana yang baik atau pun buruk? Kenapa mereka sanggup menjadi seperti anjing yang tidak mempunyai perasaan? Kes ini amat membimbangkan.

Janganlah kita menunding jari kepada anak-anak sahaja kerana mungkin ini salah ibu bapa yang mengajar anak-anak sambil lewa sahaja. Dan menyebabkan anak-anak seperti tidak ''berhati perut'' melayan kerenah ibu bapa. Secara dasarnya, hati dan akal menjadi lemah dan mati kerana ibu bapa tida memberi makanan yang bersih ataupun halal. Ataupun ibu bapa tidak mengajar anak-anak pasal agama atau menghantar mereka ke kelas agama. Contoh Kafa dll.

Anak-anak bagaikan tiada perasaan dan takutkan dosa atas kesalahan mereka yang begtu kurang sopan ataupun kurang ajar terhadap ibu bapa mereka. Mereka anggap ibu bapa sebagai kawan atau pun musuh mereka untuk kurang ajar atau mencaci mereka dengan senang hati.Kerana mereka tidak lagi berpegang kepada Iman dan Takwa Allah s.w.t

Anak-anak adalah merupakan amanah dari Allah kepada hambanya. Anak-anak juga adalah ujian daripada Allah untuk melihat manusia sabar atau tidak dan bagaimana manusia mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang baik atau sebaliknya. Sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Surah Al-Anfal :Ayat 28 


“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan bagimu, dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar”  (Surah Al-Anfal : ayat 28)

Dalam ayat al-Quran itu mengatakan anak-anak adalah tanggungjawab Ibu bapa dan janganlah kita mensia-siakan mereka dengan tidak mendidik mereka ke jalan yang benar dan tidak mengikut suruhan Allah. Ibu bapa harus peka dengan akhlak dan peribadi kerana keadaan sekeliling boleh mengubah mereka dengan sekelip mata. Nak nak zaman sudah moden dan teknolgi sudah canggih. Tidaklah seperti zaman dahulu kalo anak-anak tidak mengikut cakap ibu bapa akan memukul dan memarahi anak-anak. Ibu bapa boleh memukul dan memarahi anak tetapi anak zaman sekarang lain dengan. Anak-anak sudah pandai mereka akan memberontak dan akan melarikan diri kerana tension. So, Ibu bapa harusah menasihati dan mendidik mereka sejak kecil lagi. Seperti pepatah melayu ''Meluntur Buluh Biarlah dari Rebungnya'' Jadi, Kita sama-sama memikirkan bagaimana cara yang paling tepat untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna dan tidak kurang ajar kepada ibu bapa. Ibu bapa haruslah mendidik anak seperti ini :-

:: Terapkan nila nilai Agama. Contohnya ajar mereka mengaji dan  solat 
:: Bentuk keperibadian anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah
:: Berikan sumber makanan yang bersih dan halal kerana makanan juga menyebabkan hati anak-anak menjadi hitam dan pandangan mereka gelap dan ke arah keburukan.
:: Wujudkan suasana harmoni dan erikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak.
:: Tanyakan anak-anak apa masalah mereka atau berborak dengan mereka untuk rapatkan lagi antara Ibu bapa dan anak-anak.
:: Jangan mendidik anak-anak dengan wang ringgit kerana mereka akan liar. Ajarlah mereka bagaimana hidup susah. 
:: Selalu mendoakan mereka dan tidak mencaci mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak senonoh.
:: Berserah kepada yang Maha Esa semoga anak-anak tidak menderhaka dan menjadi orang yang berguna dan soleh.

InsyaAllah dengan cara-cara ini boleh mendidik anak dan mereka tidak akan menjadi anak yang durhaka kepada ibu bapanya.