Powered By Blogger

Thursday, March 31, 2011

TAKZIAH

KHAMIS, 31 MARCH 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Kita tidak tau bila tarikh kita akan mati dan datangnya Malaikat Israel menjemput kita untuk mengadap Allah yang Maha Esa. Dan bila bila masa sahaja roh kita akan diambil dan ditarik ke atas langit dan jasad kita akan dimasukkan ke dalam liang lahad. 

Takziah kepada Daud Bin Embong
Beliau telah meninggal pada hari ni Khamis, 31 March 2011 di bus stop Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Afzan, pada petang kira-kira pukul 3pm. Semoga rohnya tenang dan di cucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah

*Beliau bekerja sebagai pemandu van sekolah di Semambu.

BUDAK SEMAMBU : Terima Kasih pakcik kerana mengambil dan menghantar kami ke sekolah. Kami amat menghargai jasa pak cik ;') Semoga pakcik tenang di sana. 

Terima kasih kerana pak cik sudah menghantar dan mengambil saya. Dari kecil hingga besar pak cik dah banyak tolong saya untuk pergi ke sekolah. Saya nak minta maaf jika terkasar bahasa dengan pak cik atau terguris hati pak cik. Semoga pak cik aman disana. Amin 

Marilah kita sama sama medoakan beliau (Allahyarham Daud Bin Embong) agar di tempatkan di tempat orang orang yang beriman. Sayang dan hargailah orang yang masih ada di samping kita, kerana siapa tahu ajal maut di tangan tuhan. Janganlah kita menyesal di kemudian hari. :')
 

No comments:

Post a Comment